Thursday, June 17, 2010

HARI INI......TOY STORY3

Hari ini aku pergi menonton movie toy story3,aku pergi selepas hbs kolej petang tadi,sampai rumah kul 5ptg td,aku bertolak kul5.15ptg dan sampai ke jusco tepat kul 6ptg,waktu tayangan bermula pada pukul 6.15ptg nasib baik tggl 3 kerusi kosong je,aku pilih kerusi bahagian tgh.



Movie kali ini boleh dikatakan memang mengagumkan bahkan boleh menyentuh setiap aspek emosi kite semua kerana ia mengabungkan kesemua elemen dalam 1masa seperti marah,sedih,gembira,lawak,persahabatan,saling membantu,cinta dan kesetiaan.

Ia bermula dimana pemilik kesemua alat permainan ini iaitu andy kini sudah berusia 18tahun dan bakal ke kolej,pada saat andy ingin menyimpan permainannya,ibunya tersalah buang dan menderma mereka ke sunnyside day care,tempat yang dipenuhi dengan budak yang tidak mengetahui erti permainan yang sebenar,kite akan diperkenalkan dengan watak patung beruang yang jahat bernama lotso yang mengawal kesemua permainan disunnyside.

Pada mulanya mereka beranggapan andy tidak mahu mereka lagi akan tetapi hanya woody yang masih mempercayai andy dan meninggalkan kawan mereka disunny side,woody cuba kembali ke pangkuan andy,manakala kawan woody yang lain tersilap jangkaan hinggalah mata sebelah mrs.potato yang tertinggal di rumah andy ternampak yang andy sedang mencari mereka.woody kembali ke sunnyside selepas mengetahui kisah gelap lotso dan cuba menyelamatkan kawannya.

Kite juga akan dilihat buzz lightyear yang tertukar personaliti dan mejadi buzz versi sepanyol,bercakap bahasa sepanyol and boleh menari tarian sepanyol tu,bahkan kite dijamu dengan buzz jatuh cinta terhadap jessie(percintaan antara koboi dengan angkasawan tu!!)


Pada akhirnya andy menyerahkan para permainan tersebut kpd seorng budak yang menganggap permainan sebagai kawan dan ia mengingatkan andy semasa beliau kecil,dengan berat hati andy menyerahkan permainannya kpd bonnie termasuklah permainan kesayangannya woody,menganggap bonnie mampu menjaga permainannya dengan penuh kasih sayang,sebelum berangkat pergi kolej andy dan bonnie bermain permainan tersebut sebelum perpisahan andy.

Toy story3 ini mengajar kite sesuatu yang paling penting dalam kehidupan kite yang kadang kala kite x sedar kerana ia adalah sesuatu yang kecil,yang kecil tersebut amatlah bermakna.Ia mengajar kite bahawa barang permainan yang kite miliki sejak kecil dan sebagai sampah apabila kite makin meningkat dewasa,kite lupa bahawa alat permainan yang kite selalu bermain bersama,tidur bersama adalah rakan baik kite semasa kecil.itulah ape yang cuba toy story3 cuba sampaikan,ia jua mengajar kite bahawa menghargai alat permainan kite kerana alat permainan adalah utk dimain bukan dirosakkan ia boleh menjadi sebahagian dari memori kite.

Cuba kite letakkan diri kite sebagai woody dan rakan-rakannya,walaupun mereka menerima hakikat yang andy semakin dewasa tp mereka berharap yang suatu hari mereka mungkin dimainkan oleh anak andy,dan woody yakin yang andy masih sayangkan mereka.

Disitu kite melihat yang permainan juga mempunyai perasaan mereka sendiri walaupun mereka dibuat dari plastik walaupun mereka tidak mampu bercakap kite dan mereka juga pernah menjadi rakan baik mahupun rakan sepermainan kite.

Filem ni memang mampu membuat kite terkenang permainan pertama yang kita dapat.ia membuat aku terkenang akan patung mickey mouse yang mak aku belikan utk aku,aku selalu bermain dengan patung mickey tp patung mickey aku hilang.aku miliki dari kecil hingga masa umur 9tahun.lihat filem ni memang mampu membuat kite terkenang alat permainan kite yang pertama walaupun kite mungkin telah melupainya kerana hal tersebut sudah lama berlalu.

Aku dulu memang banyak permainan dari power ranger,ultraman dan permainan toy story dr mcd serta kfc punye dulu sampai mencecah hampir 400 hingga lah ayah aku memberikannya pada sepupu di kampung ia membuat aku rasa sedih sangat,aku menghargai permainan aku hinggalah sekarang walaupun sudah tiada lagi kerana setiap benda walaupun kite menganggapnya seperti sampah tp kite lupa bahawa permainan yang rosak dan tidak berguna berkongsi memori manis kite semasa kite kanak kanak dan alat permainan adalah rakan yang memahami kite lebih dari rakan yang kite kenali,bukan setakat permainan sahaja,semua benda berkongsi kewujudan dan memori kite,hargailah kerana ia mungkin boleh diwarisi oleh anak-anak kite dan menjadi sahabat baik mereka kelak.





SALAM
-AKIRA DARKNESS-

p/s:terkenang zaman kanak kanak dulu,zaman kanak kanak memang best,koleksi yang aku paling sayang walaupun dh xde lg,koleksi mickey mouse dr mcd,koleksi toy story2 dr mcd dan koleksi power ranger dr mcd

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...