Monday, May 31, 2010

KAMEN RIDER DECADE THE MOVIE....




Kamen rider decade the movie:all rider versus daishocker,movie pertama decade,cerita ni di pertengahan dalam episode 28-29 cam gitula.

Dalam movie ni kita akan lihat dimana tsukasa dan kawannya berada di dunia kepunyaan tsukasa,ia bermula pabila tsukasa balik dari mengambil gambar permandangan sekeliling dan gambar yang ditangkap tsukasa adalah sempurna dan tidak seperti gambar yang tsukasa tangkap sebelum ni.gambar dimana ia tidak menolak kewujudan tsukasa.Natsumi dan yusuke mengandai mereka telah tiba didunia kepunyaan tsukasa.tsukasa berasa kekok kerana dia tidak dapat mengingatinya.

Dengan berbekal sekeping gambar yang memaparkan sebuah rumah kediaman besar dan sebatang kunci,tsukasa,yusuke dan natsumi menuju ke rumah yang terdapat dalam gambar tersebut.akhirnya tsukasa bertemu dengan adik perempuan bernama sayo kadoya yang tsukasa sendiri telah melupainya.Tsukasa juga tidak dapat mengingati penjaga iaitu nobuhiko tsukikage.

Nobuhiko tsukikage memberitau bahawa kehadiran tsukasa telah menyebabkan dunia bercelaru dan bergabung dengan dunia lain,cara untuk memulih keadaan ni ialah dengan menjadi rider terkuat di dunia ni,jadi berlangsungnya rider tournament untuk menjadi rider terkuat.dalam rider tournament tsukasa harus menewaskan rider dri dimensi lain.

Berakhirnya rider tournament,tsukasa mula mengingati siapa dirnya yang sebenar,dia adalah ketua kepada dai shocker,yuusuke dan natsumi mula risau dan akhirnya mereka ditangkap dan dibawa kepada tsukasa dan mereka terkejut mendapati tsukasa mmg ketua daishocker,yuusuke dan natsumi berjaya melarikan diri dari markas daishocker.mereka berjumpa semula dengan sayo dengan harapan sayo dapat menghentikan tsukasa,malangnya yuusuke terkena kuasa batu dark stone dan mengubah yuusuke menjadi ultimate rising kuuga sebagai boneka kepada sayo,bermulalah kisah pengkhianatan sayo terhadap tsukasa.

Akhirnya tsukasa dikhianati oleh adiknya sayo bersama dengan nobuhiko,sayo mengatakan yang tsukasa tidak lagi layak menjadi ketua shocker dan sebaliknya nobuhiko yang layak.sayo menyatakan rasa benci terhadap tsukasa kerana sentiasa meninggalkan dia keseorangan dan cemburu kerana tsukasa sentiasa dapat apa yang dia hendaki,terkejut dengan pengkhianatan tersebut,nobuhiko betukar menjadi rider shadow moon dan menyerang tsukasa,tsukasa berjaya melarikan diri.tsukasa melarikan diri dan cuba untuk berjumpa dengan natsumi sebaliknya natsumi membenci tsukasa kerana masalah ini.

Dunia diserang daishocker,natsumi diserang dan diselamatkan oleh narutaki,mereka diserang lagi akhirnya diselamatkan oleh kaito daiki iaitu kamen rider diend.kaito menceritakan bahawa diend driver yang di gunakan utk bertukar menjadi diend dicurinya olehnya semasa ditangkap oleh daishocker.diend dan natsumi cua meminta bantuan dari rider lain dan bertemu dengan ouja dr dunia ryuki,hopper kick dan hopper punch dari dunia kabuto,tp rider tersebut menolak dan menganggap yang dunia ni layak diperintah oleh daishocker.

Disaat tsukasa merasakan dirinya tidak lagi berguna dan kehilangan kesemua,melihat dunia diserang penjahat daishocker ,tidak mampu berbuat apa-apa,datang seorang lelaki bernama yuuki joji yang ingin membalas dendam terhadap tsukasa atas kehilangan tangan kanannya.saat yuki joji ingin membunuh tsukasa,tsukasa dengan nada sedih memberitahu dia memang sepatutnya mati,yuki joji membatalkan niatnya utk membunuh tsukasa dan mendapati bahawa tsukasa telah menjadi baik,musuh menyerang dan yuki memberitahu tsukasa bahawa walaupun hanya tinggal dia seorang sahaja didunia dan dia akan terus mara melindungi apa yang penting.yuki akhir menunjukkan tangan kanan robotiknya utk menentang musuh,kata yuki juga telah membakar semangat tsukasa.

Rider diend dan natsumi dikepung oleh daishocker dan tidak dapat berbuat apa-apa,tsukasa muncul,tersenyum dan terus bertukar menjadi decade menentang raksasa daishocker.dan akhirnya decade berjaya menumpaskan ketua kepada penjahat dunia kamen rider blck rx,tiba-tiba semua raksasa dan penjahat dari dunia rider yang berlainan muncul,waktu tu hanya diend dan decade sahaja.

Tiba-tiba muncul dimension mirror,datangnya kamen rider 1,kamen rider2 dan kamen rider v3 diikuti,sky rider,rider man,rider x,rider blck,rider black rx,rider stronger,rider amazon,shin kamen rider,rider zo, rider agito,rider faiz/555,rider ryuki,rider blade,rider hibiki,rider den-0,rider kabuto,rider kiva,mereka datang membantu decade menentang musuh.

Para rider berjaya menewaskan musuh mereka,decade pula berlawan dengan kawan baiknya iaitu rider kuuga yang dikawal oleh adik decade,sayo.akhirnya decade berjaya menyedarkan sayo dan sayo memecahkan dark stone yang mengawal rider kuuga.ini menyebabkan kemarahan tsukikage lalu dia bertukar menjadi shadow moon,rider yang paling jahat dan kuat,shadow moon ialah rider jahat didunia rider black rx.kesemua rider menentang shadow moon tapi 1 serangan tidak berkesan keatasnya walaupun dengan bentuk kuuga ultimate rising juga tidak mampu menewaskannya,disaat rider lain kepenatan tidak mampu menentang rider shadow moon,tatkala shadow moon cuba menyerang decade.....tiba-tiba....

Dtang rider baru iaitu double/w,shadow moon terpinga,shadow moon melihat double/w berwarna hitam manakala decade melihat double/w berwarna hijau,double menyatakan hiatm atau hijau tidak penting,double turun dari motor dan menentang shadow moon,doule menggunakan bentuk heat metal dan akhirnya berjaya mengalah shadow moon,double meninggalkan medan pertarungan,shadow moon menemui ajal selepas terkena tendangan dari 26kamen rider .

Tapi konflik belum tamat akhirnya muncul king dark,musuh tahap gergasi macam raksasa ultraman muncul menyerang para rider,kemudian datang diend bersama rider j yang mempunyai kebolehan utk membesarkan dirinya ketahap sama cam ultraman tapi x mampu mengalahkan king dark.

Diend menggunakan kad terbarunya iaitu decade driver,menggunakan kad tersebut dan rider decade bertukar menjadi tali pinggang decade lalu bergabung dengan rider j dan bertukar menjadi ultimate form decade dan mengalahkan king dark dengan final form attack rider decade,ya RIDER KICK!!! dr 26 rider.

Konflik akhirnya tamat,semua rider kembali ke dimensi mereka masing-masing.

Tsukasa memberitahu adiknya sayo bahawa dia tidak harus takut untuk melihat dunia,sebab semua insan mempunyai sayap mereka utk terbang.

Tsukasa kembali ke rumahnya yang sebenar bersama keluarga baru,yuusuke,natsumi,eijiro,kivala dan kaito di kedai gambar eijiro,meneruskan pengembaraan mereka.

Manakala sayo mengambil keputusan utk melangkah keluar dri rumahnya buat pertama kalinya dan mula mengembara ke dimensi berlainan seperti abangnya tsukasa berbekalkan kamera yang dihadiahkan oleh tsukasa.

perjalanan x kan tamat disini................bersambung di movie war 2010




salam sejahtera


-Akira Darkness-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...