"STORY OF MY LIFE SURROUNDING ME,WHAT I DO,WHAT IM THINKING,WHAT I BUY,WHAT I LIKE.EVERYTHING BOUT ME.
Wednesday, May 26, 2010
KAMEN RIDER W
Kamen rider w/double adalah salah 1 series baru yang ditayangkan di saluran tv jepun selepas berakhirnya kamen rider decade.Kamen rider double agak unik berlainan dari generasinya yang terdahulu dimana mukanya iras seperti kamen rider lama macam belalang tapi dengan dua warna di badan.Alat pertukaran adalah gaia memory iaitu usb yang mewakili jenis kuasa digunakan bahkan yang bertukar menjadi kamen rider juga 2 orang,ya 2 orang yg bertukar menjadi 1 kamen rider.
Kemunculan pertamanya adalah di movie kamen rider decade,kamen rider decade movie:all rider vs dai shocker.Dimana disaat decade dan rider yang lain x mampu menewaskan shadow moon iaitu boss terakhir daishocker,rider yg plg jahat dan kuat.Double/w menewaskan shadow moon dengan begitu mudah.Ada yang mengatakan double adalah yang terkuat di antara generasinya.Double juga bergabung semula dengan decade di movie terakhir decade kamen rider movie war 2010.
Watak utama dalam siri kamen rider double ini ialah hidari shotaro dan phillip,mereka menggunakan gaia memory dan bergabung menjadi kamen rider w,2jiwa 1 badan.Semakin jauh siri ini semakin banyak konflik dan memory fang yang ditakuti oleh philip muncul utk menolongnya dan membuat phillip menjadi double fang mode.
Kemunculan rider terbaru iaitu Accel turut muncul menolong double utk menentang night begin( kalu x silap la nama organisasi penjahat)identiti bagi kamen rider Accel ialah Terui ryuu seorang pegawai polis yang mencari pembunuh yang membunuh keluarganya.
Raksasa dalam siri ini digelar dopant,manusia yang menggunakan gaia memory yang berbeza dari gaia memory kepunyaan terui dan shotaro/philip.mereka akan kehilangan akal manusia mereka pabila menggunakan memory tersebut untuk bertukar menjadi raksasa,
Dalam episod 31 shotaro tidak dapat meggunakan gaia memory utk bertukar menjadi double bersama philip.philip meyangka shotaro bukan lagi teman yang sesuai utk menjadi double bersamanya.shotaro keliru tapi tidak mematahkan semangatnya sebagai detektif,klu x silap dalam episod 31 shotaro dan philip diarah mencari ukiran patung beruang dan berakhir dengan bertempur dengan dopant bernama beast.
Dalam episod32 shotaro telah menjumpai dalang yang berkerjasama dengan dopant beast iaitu seorang wanita bernama bell dan juga dikenali sebagai dopant zone.Tanpa gaia memory shotaro terperangkap dan akhir diselamatkan oleh philip dan philip menyatakan bahawa double memerlukan kebaikan,kebijaksanaan shotaro,jika double hanya kuat sahaja bermakna double tidak lagi berguna.Dengan semangat baru shotaro dan philip bertukar menjadi double menentang beast.
dan akhirnya
mereka akhirnya mengengam dunia didalam tangan mereka.mereka dihubungkan data infiniti iaitu bumi dan mereka berdua akhir mendapat kuasa baru bersama xtreme memory akhirnya double bertukar ke bentuk terkuatnya iaitu double xtreme.
Gambar diataskan adalah gambar double dlm bentuk xtreme nya.Selepas ini akan adanya rider accel dalam bentuk terakhir berwarna biru.
KAMEN RIDER DOUBLE XTREME!!!
rider rulesss.ok salam sejahtera.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pehh..!!
ReplyDeletesmart gak doe kamen rider double extreme!!
aku tgk bentuk ptama dier buat aku ilang mood tok aku tgk citer neh..tapi biler tgk prubahan trakhir dier aku mcm..wow!!must watch!!
haha..
anyway..nice post..hope could see posts like this in the future..adios~